GLC DI SABAH PERLU BAYAR DIVIDEN RM1 JUTA SETIAP TAHUN BERMULA SEKARANG...

GLC DI SABAH PERLU BAYAR DIVIDEN RM1 JUTA SETIAP TAHUN BERMULA SEKARANG – KM HAJIJI

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) diwajibkan membayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta setahun kepada Kerajaan Negeri mulai tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata tindakan itu akan membantu meningkatkan tabung negeri dan membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat.

ercakap selepas mendapat taklimat di sekretariat daerah kecil Tamparuli di sini pada Ahad, Hajiji yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun berkata Kerajaan Negeri tidak akan bergantung kepada GLC sahaja untuk mengisi tabung negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebelum taklimat bermula di Tamparuli pada Ahad…

“Kami memerlukan pelabur untuk masuk,” tegasnya.

“Pelabur datang membawa wang untuk melakukan projek mereka dan ini akan mewujudkan impak segera (positif) kepada rakyat,” katanya, sambil menambah antaranya ialah pekerjaan untuk rakyat.

Ketua Menteri berkata salah satu ciri dalam pelan tindakan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) atau Sabah ialah mewujudkan dasar mesra pelabur.

“Dalam tempoh satu setengah tahun sejak pelancaran SMJ, kami telah menarik lebih daripada 10 syarikat untuk datang melabur di Sabah,” katanya.

Melalui SMJ, beliau berkata Sabah sedang mengorak langkah dalam peningkatan ekonominya dan ini terbukti apabila negeri itu mencatatkan pendapatan RM5.44 bilion tahun lepas iaitu yang terbesar dalam sejarahnya.