
KIULU: Program Komuniti Angkat di Sabah (CAP Sabah) yang memfokuskan kepada kemajuan pendidikan, pemerkasaanc ekonomi dan pembangunan komuniti secara keseluruhan berjaya dilaksanakan hingga tamat oleh Yayasan RYTHM, iaitu satu cabang impak konglomerat antarabangsa Kumpulan QI.
Pencapaian ini terlaksana dalam tempoh tiga tahun, melalui beberapa inisiatif di Kampung Lokub, Kampung Talantang, dan Kampung Ratau, yang terletak di mukim Kiulu.
Perkongsian dengan NGO tempatan iaitu Good Shepherd Services (GSS), CAP Sabah memfokuskan kepada tiga komponen utama: menyediakan sokongan akademik kepada kanak-kanak sekolah rendah, membimbing kaum belia dalam mewujudkan usahaniaga
berbentuk eko-pelancongan, dan memperkasakan para wanita untuk mengendalikan perusahaan mikro. Inisiatif di bawah CAP Sabah bukan sahaja menghasilkan penambahbaikan yang ketara dalam komuniti yang disasarkan ini tetapi juga memberi kesan dan impak positif kepada beberapa komuniti berhampiran.
Sejak penubuhannya pada 2021, CAP Sabah telah memberi manfaat kepada seramai 165 orang individu, terutamanya 100 orang kanak-kanak yang berjaya mencapai kemajuan
akademik yang ketara sejak menyertai kelas tambahan yang disediakan. Para pelajar ini juga termasuk kanak-kanak dari kampung-kampung berdekatan iaitu Tapatau Linasadan,
Sinansag, Sinopukan, Rungus Panansawa, dan Gayaratau.
Inisiatif pemerkasaan para belia dan kaum wanita ini juga telah menghasilkan pencapaian yang luar biasa. 21 usahawan muda dan 23 wanita kini terlibat secara aktif dalam pendakian, pertanian dan perusahaan makanan secara mikro berikutan latihan yang mereka jalani melalui inisiatif CAP Sabah iaitu Youth Connect Circle (YCC) dan Women in Small Enterprises (WISE).
Dalam perutusan beliau, Pengerusi Yayasan RYTHM, Datin Sri Umayal Eswaran, menekankan bahawa inisiatif Program Komuniti Angkat ini berjaya memperkasa masyarakat tempatan untuk berdikari dan berdaya saing bagi memastikan impak yang berkekalan.
Beliau juga berkata pendekatan Yayasan untuk menghormati agensi masyarakat pribumi kerana mereka adalah pakar dalam sumber hasil bumi.
“Kami mahu masyarakat pribumi ini berbangga dengan cara hidup mereka, dan membantu meneroka cara-cara bagi mereka mendapat manfaat dari segi ekonomi dan memelihara sumber asli yang dianugerahkan kepada mereka,” katanya.
Beliau juga mengaitkan kejayaan CAP Sabah kepada para penerima manfaat, yang berhasrat mencipta masa depan yang lebih cerah untuk diri, keluarga dan komuniti mereka.
“Wira sebenar CAP Sabah adalah penduduk kampung yang berdedikasi tinggi dan berjaya menuai hasil kerja mereka selama ini. Mereka telah memberi inspirasi kepada kami untuk
terus bersama berkhidmat dan membantu masyarakat yang kurang bernasib baik dan masyarakat pribumi, selaras dengan mantera RYTHM kami, ‘Tingkatkan Diri Anda untuk
Membantu Sesama manusia.’
“GSS akan memastikan kesinambungan inisiatif di kampung-kampung ini terlaksana melalui program pembinaan kapasiti, rancangan perniagaan dan pelbagai sesi latihan keusahawanan,” kata Datuk Petrus Gimbad, ahli lembaga pengarah GSS berkata, sewaktu di majlis penutupan projek itu di Kampung Lokub pada Sabtu.
Semasa ucapannya, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Joniston Bangkuai, menyatakan harapannya agar pencapaian CAP Sabah akan memberi inspirasi kepada semua dan berharap program seumpama ini akan dapat dilaksanakan melangkaui kampung-kampung yang berdekatan.
“CAP Sabah telah membuktikan apa jua boleh dicapai melalui perpaduan dan kerjasama. Marilah kita terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dan menggunakanmodel komuniti angkat ini untuk memberi manfaat kepada lebih ramai komuniti pada masa hadapan,” katanya.
Yayasan RYTHM sangat berharap agar pencapaian yang diraikan di Sabah ini menjadi satu model yang digunapakai untuk memperkasakan komuniti terpinggir di peringkat global. Pihak Yayasan akan kekal teguh dalam komitmennya untuk mewujudkan perkongsian dengan organisasi seperti GSS, yang dekat dengan komuniti tempatan dan mahu memupuk perubahan yang mampan dari dalam.
Satu seruan untuk bertindak bagi tahun 2024, #RiseWithRYTHM menekankan aspek keterangkuman dan kesaksamaan, menjadi agen perubahan dalam masyarakat dan memupuk perkongsian jangka panjang untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari
Bangsa-Bangsa Bersatu menjelang 2030.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat QI, Dato’ Sri Vijay Eswaran, ahli Lembaga Pengarah Kumpulan QI, Ketua Yayasan RYTHM, Santhi Periasamy, dan Pengarah Eksekutif GSS, Dr Janie Liew.