Sabah Beri Peruntukan Khas RM50,000 Untuk Kerja Baik Pulih Rumah Putera Harapan

Sabah Beri Peruntukan Khas RM50,000 Untuk Kerja Baik Pulih Rumah Putera Harapan

0
SHARE

RANAU, SABAH – Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun telah merasmikan surau Rumah Putera Harapan (RPH) dan seterusnya berbuka puasa dengan staf pengurusan dan pelajar RPH di Kampung Lohan Skim 2, sini.

Dalam majlis tersebut, Masidi turut mengumumkan peruntukan khas RM50,000 untuk kerja-kerja penambah-baikan kemudahan dan pengurusan RPH.

“Diharap sumbangan ini mampu membantu pihak RPH dalam menambah baik pengurusan
dan pentadbiran bagi mengelola rumah anak yatim ini,” kata Masidi.

Beliau turut menandatangani plak sebagai tanda merasmikan surau yang baru dibina
sambil disaksikan Pihak Pengurusan RPH dan orang ramai.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yassin, Pengerusi
PELADANG Kinabalu Ranau, Datuk Faimin Kamin, Pengerusi RPH, Sunoto
Yahmin, Pengurus RPH Ranau, Mohd Sabri Abdulla dan Yang di Pertua ABIM Cawangan Ranau, Mohd Fazlie Middie.

Sepanjang bulan Ramadan ini RPH aktif menganjurkan aktiviti keagamaan termasuk solat sunat tarawih bertujuan memupuk ikatan Silaturrahim dan ukuwah untuk masyarakat
sekitar dan pelajar RPH.