Jualan MADANI KUSKOP 2026 Bantu Rakyat, Perkasa Koperasi

Jualan MADANI KUSKOP 2026 Bantu Rakyat, Perkasa Koperasi

0
SHARE

TAWAU: Program Jualan MADANI KUSKOP (JMK) 2026 terus menjadi antara inisiatif utama kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup, di samping memperkukuh peranan koperasi sebagai pemangkin ekonomi komuniti.

Program yang berlangsung di perkarangan Pasar Mingguan Sabindo di sini telah disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin.

Beliau berkata, penganjuran program itu selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memastikan rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan asas pada harga lebih mampu milik.

Program ini bukan sahaja membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat, malah memperkasa koperasi sebagai platform ekonomi inklusif dan mampan,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada 2019 hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), program itu turut membuka peluang kepada koperasi memperluas pasaran serta menjana pendapatan melalui penglibatan sebagai operator jualan.

Pada 2025, seramai 235,195 pengunjung menikmati penjimatan melalui pelaksanaan program berkenaan di seluruh negara, dengan nilai jualan melebihi RM8 juta.