KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri yang juga Ketua UMNO Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin hari ini, bertempat di Bangunan UMNO Sabah telah menyampaikan sumbangan berupa buah kurma kepada Ketua-Ketua UMNO bahagian dimana sebanyak 25 bahagian di negeri ini menerima sumbangan tersebut untuk diagih-agihkan kepada cawangan-cawangan UMNO di bahagian masing-masing.
Bercakap kepada media selepas majlis penyampaian tersebut Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata sumbangan tersebut merupakan acara tradisi UMNO Sabah bagi menyembut kedatangan bulan Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari lagi akan dihadapi oleh umat Islam di negara ini.
Menurut beliau sambutan Bulan Ramadhan kali ini susananya amat berbeza dari sebelumnya ekoran keputusan kerajaan masih menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan virus COVID-19.
“Berkemungkinan kita tidak dapat mengadakan majlis berbuka puasa bersama sama ada di peringkat negeri mahupun bahagian disebabkan pematuhan kepada PKP yang masih dikuatkuasa yang perlu kita akur demi keselamatan untuk membendung penularan virus COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu Bung juga meminta semua pihak agar terus mematuhi PKP yang masih dikuatkuasakan ini termasuklah mengadakan majlis majlis rumah terbuka hari raya Aidil Fitri kecuali bersama keluarga dalam pematuhan SOP yang ditetapkan.
Hadir sama dalam majlis penyerahanh tersebut Timbalan ketua UMNO sabah Datuk Yakub Khan,Setiusaha Eksekutif Umno Sabah Awang Aslee Lakat dan Ketua Puteri Umno Sabah Dr. Fadilah Sabri