Cuaca Buruk Di Beberapa Buah Negeri Termasuk Sabah

Cuaca Buruk Di Beberapa Buah Negeri Termasuk Sabah

0
SHARE
Cuaca buruk di beberapa buah negeri petang ini...

PETALING JAYA, SELANGOR – Hujan lebat dan angin kencang bakal berlaku di beberapa negeri iaitu Sabah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui akaun Facebooknya mengeluarkan amaran tersebut di mana cuaca buruk akan berterusan sehingga petang ini.

Bagi negeri Sabah, amaran ribut petir akan melibatkan melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Tawau

“Keadaan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlarutan sehingga pukul 7 petang hari ini,” kata MetMalaysia…

Sementara itu, cuaca buruk itu juga melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir turut tertumpu di Tanah Tinggi Cameron, Pahang serta beberapa daerah di Selangor.

“Ia termasuklah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Manakala keadaan yang sama turut melibatkan kesemua kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.