Bomba Sabah Temui Pasangan Suami Isteri Hilang

Bomba Sabah Temui Pasangan Suami Isteri Hilang

0
SHARE
Komuniti Maritim selamat bersama mangsa Amir (kanan) Dan isterinya Rita (kiri)...(Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah)

KUALA PENYU, SABAH – Sepasang suami isteri yang dikhuatiri hilang di Ulu Binsuluk sini dijumpa sehari selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan Bomba Sabah.

Mangsa, Amir Hamjah Abdul Kahfi dan isterinya, Rita Hijriah Mohd Syuaid, 43 dijumpai selamat oleh orang awam di tepi sungai Kampung Ulu Binsulok pada jam 7:50 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata radius pencarian menjangkau dua (2) kilometer selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 3.29 petang semalam (Selasa).

“Operasi melibatkan seramai lapan (8) orang anggota Bomba diketua Pegawai Operasi Kanan PBK II Mohd Razali Denah,” katanya.

Tambahnya, menurutnya jarak balai dari kawasan insiden 23 kilometer. Operasi ditamatkan pada jam 8.15 pagi.