KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Yahoo Groups akan tamat pada 15 SEPTEMBER 2020 ini selepas 19 tahun beroperasi sejak tahun 2001 lagi disebabkan platform ini semakin dilupakan selepas kemunculan beberapa medium baharu.
Yahoo Groups merupakan salah satu segmen milik laman web Yahoo pada masa kini dilihat dilihat tidak lagi relevan terutamanya penurunan jumlah pengunjung sejak beberapa tahun lalu.
Fungsi emel di dalam Yahoo Groups akan dihentikan selepas 15 Disember, namun platform emel (Yahoo Mail) masih beroperasi seperti biasa.
Ia juga salah satu perancangan strategik oleh syarikat telekomunikasi terkemuka, Verizon yang melakukan membeli laman web Yahoo pada 2017 dan pengumuman untuk penutup Yahoo Groups berkenaan dihantar menerusi emel awal pagi ini kepada semua pengguna.
Pengumuman berkenaan menandakan berakhirnya perkhidmatan mesej terbesar di Internet suatu masa dulu sebelum kemunculan Google, Facebook dan medium masa kini.
Verizon memaklumkan bahawa syarikat itu tidak mempunyai perancangan untuk melakukan ‘pemulihan’ kepada segmen perkhidmatan berkenaan dan ia bakal ditutup untuk kebaikan semua pihak.
Syarikat telekomunikasi itu juga mengumumkan bahawa pengguna tidak lagi boleh memuat naik kandungan baharu seperti perbincangan menerusi platform berkenaan selepas 21 Oktober ini.