KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 baharu di Sabah hari ini (Isnin) adalah yang tertinggi setakat ini dengan 1,166 KES.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata tidak ada lagi daerah dengan sifar kes.
“Saringan kontak rapat terus menyumbang kes positif yang terbanyak iaitu 674 atau 57.8 peratus…
“Jumlah kontak rapat yang begitu tinggi adalah satu petunjuk bahawa begitu ramai orang sudah terdedah kpd jangkitan COVID-19,” beliau berkata.
Juga dikesan satu kluster kes baharu di Tenom, Kluster Sibulu melibatkan tempat kerja, yakni sebuah syarikat hidro.
Masidi sekali lagi mengingatkan bahawa dalam situasi dimana virus sudah tersebar luas dalam masyarakat, ‘lockdown’ bukan lagi kaedah yang berkesan untuk membendung penularan.
“Apa yang perlu dibuat ialah mempercepatkan vaksinasi dikalangan penduduk…
“Sabah telah menerima bekalan vaksin yang banyak pada minggu ketiga bulan Julai.
“Dari 21 sehingga 31 Julai, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah berjaya memberi 374,214 dos vaksin,” jelasnya dalam rumusan harian situasi pandemik negeri.
Ianya telah menjadi keutamaan Kerajaan Sabah untuk meneruskan vaksinasi pada kadar purata 50 ribu dos sehari bulan ini.
Pecahan jumlah kes COVID-19 baharu mengikut daerah adalah seperti berikut:
Kota Kinabalu – 234
Penampang – 123
Tawau – 106
Beaufort – 84
Tuaran – 83
Papar – 73
Kunak – 68
Sandakan – 61
Keningau – 59
Tenom – 41
Ranau – 40
Telupid – 38
Kota Belud – 29
Sipitang – 21
Putatan – 20
Lahad Datu – 14
Kinabatangan – 14
Beluran – 14
Kuala Penyu – 14
Kota Marudu – 8
Tambunan – 6
Pitas – 5
Tongod – 4
Semporna – 3
Kudat – 2
Kalabakan – 1
Nabawan – 1