COVID-19: SABAH MASIH CATAT ANGKA KES TERTINGGI DI MALAYSIA DENGAN 429 DARIPADA...

COVID-19: SABAH MASIH CATAT ANGKA KES TERTINGGI DI MALAYSIA DENGAN 429 DARIPADA 660 KES, 4 KEMATIAN DILAPORKAN HARI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 660 KES dilaporkan hari ini.

Dilaporkan juga kes sembuh hari ini sebanyak 233 KES yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 11,605 kes (66.16%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 17,540 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,768 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 14 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 660 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat enam (6) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 654 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, peningkatan terus berlaku sebanyak 108 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 35 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat empat (4) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana semua kes dilaporkan daripada Sabah (Lahad Datu, Kota Kinabalu & Sandakan) dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 167 kes (0.96%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

SABAH terus mencatatkan angka kes tertinggi di Malaysia dengan 429 KES dilaporkan hari ini daripada 660 KES..