Pope Leo Kecam Ancaman Trump Terhadap Iran, Gesa Dunia Hentikan Konflik

Pope Leo Kecam Ancaman Trump Terhadap Iran, Gesa Dunia Hentikan Konflik

0
SHARE

CASTEL GANDOLFO: Pemimpin Gereja Katolik, Pope Leo, menyifatkan ancaman terhadap rakyat Iran sebagai “tidak boleh diterima” susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mencetuskan kebimbangan global.

Memetik laporan Reuters, beliau berkata isu berkenaan bukan sahaja melibatkan undang-undang antarabangsa, malah merupakan persoalan moral demi kesejahteraan masyarakat dunia.

Jarang sekali pope memberi respons langsung kepada pemimpin dunia, namun beliau semakin lantang mengkritik konflik melibatkan AS dan Israel terhadap Iran.

Dalam kenyataan kepada media di kediamannya di Castel Gandolfo, beliau turut menggesa rakyat di negara terlibat supaya mendesak pemimpin politik masing-masing mencari jalan damai.

Rakyat mahukan keamanan. Dalam peperangan, golongan awam termasuk kanak-kanak, warga emas dan pesakit yang menderita,” katanya.

Beliau turut menegaskan serangan terhadap infrastruktur awam adalah melanggar undang-undang antarabangsa, ketika Trump dilaporkan mengancam untuk memusnahkan kemudahan penting di Iran.