Liverpool memecat Arne Slot serta-merta selepas prestasi hambar dalam mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dengan Andoni Iraola muncul calon utama menggantikannya.
Kelab itu memaklumkan keputusan dibuat “dengan berat hati” selepas musim yang menyaksikan 19 kekalahan dalam semua pertandingan, walaupun layak ke Liga Juara-Juara pada hari terakhir. Musim turut dibayangi kematian Diogo Jota.
Pengurusan percaya pasukan perlu beralih kepada gaya permainan lebih agresif, sekali gus meningkatkan peluang Iraola, bekas jurulatih Bournemouth, untuk dilantik.
Nama lain seperti Sebastian Hoeness dan Pierre Sage turut dipertimbang, namun Iraola kekal pilihan utama.
Slot, 47, yang membawa Liverpool menjuarai liga dalam musim pertamanya dan menyamai rekod kejuaraan ke-20, mengakui perjalanan bersama kelab itu “luar biasa” walaupun dipecat.
Liverpool turut menghargai sumbangan Slot termasuk kepimpinannya ketika tempoh sukar susulan kematian Jota, namun menegaskan perubahan hala tuju diperlukan demi masa depan kelab.
Prestasi pasukan merosot teruk walaupun pelaburan hampir £450 juta (sekitar RM2.6 bilion) dalam pemain baharu.
Pemain utama turut mengalami penurunan prestasi, manakala gaya permainan dikritik penyokong menjelang akhir musim.
Slot dijangka meninggalkan kelab bersama barisan kejurulatihannya, ketika Liverpool berusaha melantik pengganti dalam masa terdekat.






