Kuota BUDI Petrol Naik 300 Liter, Diesel Naik 400 Liter Mulai 1...

Kuota BUDI Petrol Naik 300 Liter, Diesel Naik 400 Liter Mulai 1 September – PMX

0
SHARE

PUTRAJAYA: Kerajaan menaikkan kuota bulanan subsidi bahan api di bawah program BUDI MADANI dengan BUDI95 ditingkatkan daripada 200 liter kepada 300 liter, manakala BUDI Diesel daripada 300 liter kepada 400 liter, berkuat kuasa 1 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 16 juta pengguna BUDI95 dan lebih 500,000 pengguna diesel, khususnya pemilik kenderaan pikap dan jip.

Kerajaan mengembalikan kelayakan BUDI MADANI kepada 300 liter,” katanya ketika menyampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2026, di sini, hari ini.

Bagi BUDI95, kelayakan bulanan dinaikkan sebanyak 100 liter daripada 200 liter kepada 300 liter, manakala penerima BUDI Diesel pula menikmati peningkatan sama daripada 300 liter kepada 400 liter sebulan.

Langkah itu merupakan antara pengumuman kerajaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2026 dalam usaha memastikan manfaat serta bantuan kerajaan terus dinikmati rakyat.