ZAHID MUNGKIN DILEPAS TANPA BEBAS 47 TUDUHAN RASUAH

ZAHID MUNGKIN DILEPAS TANPA BEBAS 47 TUDUHAN RASUAH

0
SHARE
Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KUALA LUMPUR – Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar berkata Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kesan beliau dilepas tanpa dibebaskan.

Dalam prosiding pagi ini, pendakwaan memohon untuk memberhentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid yang dibicarakan atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Memetik sumber Berita Harian, Mohd Dusuki berkata, pendakwaan mengambil keputusan itu mengikut peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid dengan mengemukakan 11 alasan.

Katanya, setelah Ahmad Zahid dan 14 saksi pembelaan memberikan keterangan, pihak pendakwaan berpendapat keterangan mereka perlu diteliti oleh pendakwan dan pihak penyiasat.

“Tidak adil untuk menangguhkan perbicaraan kes itu ke satu tempoh yang tidak tentu ke aras tertuduh,” katanya.

Mohd Dusuki manakala berkata, tertuduh juga mengemukakan dua surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara, masing-masing bertarikh 8 Disember 2022 dan 25 Januari 2023.

Lanjutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Januari 2023,
memaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara bahawa adalah penting untuk siasatan lanjut yang lebih terperinci, mendalam dan menyeluruh dibuat.

“Pada 28 Februari 2023 dan 7 Mac lalu, pembelaan mengemukakan empat lagi surat representasi yang membangkitkan isu dan bukti baharu yang memerlukan SPRM untuk menyiasat perkara-perkara berkenaan,” katanya.

Peguam bela Datuk Hisham Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh, dalam satu kenyataan media, pada 24 Ogos lalu, memohon keputusan representasi yang dihantar pada 8 Disember 2022 dan 25 Januari 2023 disegerakan sebelum pihak pembelaan memanggil lebih ramai saksi dalam perbicaraan kes itu.