KES KHALWAT: JAIS Sahkan Tahan Pemimpin Kanan Politik, Seru Masyarakat Jangan Buka...

KES KHALWAT: JAIS Sahkan Tahan Pemimpin Kanan Politik, Seru Masyarakat Jangan Buka Aib

0
SHARE

SELANGOR: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu termasuk seorang pemimpin kanan parti politik dan seorang figura awam bagi membantu siasatan kes khalwat di daerah Petaling, Selangor pada Khamis.

Tangkapan tersebut telah mencetuskan spekulasi hangat di media sosial selepas individu yang ditahan itu dikaitkan dengan identiti seorang pemimpin kanan sebuah parti politik tanah air.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, operasi penahanan tersebut dilakukan oleh bahagian penguatkuasaan kira-kira jam 6 petang.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Susulan penularan gambar rakaman CCTV van JAIS di media sosial yang mencetuskan perdebatan ramai, JAIS bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu yang ditahan.

Datuk Mohd Shahzihan turut menasihatkan orang ramai agar menghentikan spekulasi serta tidak mengaibkan mana-mana pihak dengan menjadikannya bahan fitnah.

Kes kini berada di bawah siasatan lanjut pihak penguat kuasa.