
LAHAD DATU, SABAH – Komuniti MADANI (KM) Lahad Datu menyantuni Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 pada satu majlis makan malam sejurus tiba di daerah tersebut.
Menurut Pengarah Penerangan Sabah yang juga Ketua KMJG 2024 peringkat negeri Sabah Jainisah Mohd Noor, sebanyak sembilan buah Komuniti MADANI telah ditubuhkan di Lahad Datu iaitu KM Tanjung Labian, KM Bakapit, KM kg Telisai, KM kg. Bugis Batu 1, KM Cocos, KM Kg. Sabah Baru, KM Pangsapuri Mutiara Kasih, KM kg. Bumiputera dan KM kg. Sepagaya.
“Penubuhan KM ini yang merupakan rakan strategik Jabatan Penerangan (JaPen) adalah bagi membantu kerajaan untuk menyebar hala tuju kerajaan negeri dan persekutuan berlandaskan sumber maklumat yang sahih,” katanya.
Ketibaan Konvoi KMJG 2024 disambut Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Segama, Datuk Mizmah Appehdullah bersama 100 orang ahli KM Daerah Lahad Datu di Mizzamour Ballroom, pada Ahad.
Hadir sama dalam majlis tersebut Pengetua SMK Segama Johnson Sahibul. — JABATAN PENERANGAN SABAH





