
LAHAD DATU, SABAH – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 memulakan hari ke-12 kembara dengan aktiviti senamrobik bersama kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.
Seramai lebih 100 orang wakil jabatan agensi negeri dan persekutuan menyertai senamrobik bersama ahli konvoi KMJG yang diadakan di perkarangan Pejabat Daerah Lahad Datu, pada Isnin.
Konvoi KMJG 2024 yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor akan menghabiskan 103 km perjalanan merentasi Lahad Datu dan Kinabatangan untuk hari ke-12 kembara. — JABATAN PENERANGAN SABAH