Jelaskan Penangguhan Projek Naik Taraf Taman Tun Fuad Bukit Padang – Philip

Jelaskan Penangguhan Projek Naik Taraf Taman Tun Fuad Bukit Padang – Philip

0
SHARE

KOTA KINABALU: Projek naik taraf Taman Tun Fuad di Bukit Padang ditangguhkan buat kali ketiga dan mencetuskan kekecewaan Penasihat DBKK, Datuk Philip Yong.

Taman itu ditutup sejak 10 Disember 2022 untuk kerja-kerja naik taraf bernilai RM20 juta yang dibiayai kerajaan Persekutuan denga tarikh siap asal pada 18 September 2024. Ianya kini ditunda sekali lagi ke 14 Julai 2025.

Yong berkata, taman itu penting kepada lebih 1,000 pengunjung harian dan mempersoalkan kelewatan walaupun kontraktor diberi akses penuh dan cuaca baik.

Beliau juga menegur kegagalan pemimpin kerajaan menepati janji tarikh siap, dan menyatakan cadangannya agar naik taraf dilakukan ecara berperingkat bagi membolehkan sebahagian taman dibuka telah ditolak.

“DBKK digesa tampil dengan penjelasan telus tentang status semasa dan punca kelewatan projek. Orang awam berhak tahu dan menuntut akauntabiliti,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.