Masyarakat Dipelawa Raikan Sambutan Hari Malaysia Pada Jumaat Ini

Masyarakat Dipelawa Raikan Sambutan Hari Malaysia Pada Jumaat Ini

0
SHARE
Tun Juhar (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama-sama Robert (duduk kiri), Hanafiah (duduk kanan) dan pengurusan KKR...

KOTA KINABALU, SABAH – Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Kerja Raya (KKR), Mohd Hanafiah Mohd Kassim berkata, masyarakat di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dipelawa bagi memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Negeri, Jumaat ini.

Katanya, sambutan itu juga akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

“Sambutan ini akan diadakan pada 16 September 2022 di Padang Merdeka Kota Kinabalu mulai jam 6 petang…

“Selain Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan isteri, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri serta barisan jemaah kabinet negeri juga akan hadir pada sambutan ini.

“Pelbagai program telah disusun antaranya, pertandingan Jalur Gemilang@Instagram anjuran Jabatan Penerangan Sabah, majlis tahlil, doa selamat dan khutbah Jumaat khas, di samping acara pentas dan persembahan artis-artis tempatan,” jelas beliau.

Mohd Hanafiah ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerja Raya, Robert Tawik, Timbalan SUT KKR, Hassan Mahali serta pengurusan KKR.