PRN Ke-16 Sabah, Pengundi Boleh Mula Membuat Semakan Daftar Pemilih

PRN Ke-16 Sabah, Pengundi Boleh Mula Membuat Semakan Daftar Pemilih

0
SHARE
Sumber Foto: Jabatan Penerangan Malaysia...

KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu sidang media khas pada 17 Ogos yang lalu telah menetapkan 26 September (Sabtu) ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Oleh itu, mulai tarikh 7 September 2020 (Isnin), para pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui laman portal SPR (www.spr.gov.my) atau menelefon ke talian 03-88927018 atau melalui SMS 15888 atau melalui aplikasi MySPR Semak.