KOTA KINABALU: Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah akan melancarkan Program Latihan Kecerdasan Buatan (AI) khusus untuk usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sabah pada awal 2026.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata program itu bertujuan memperkasa keupayaan digital serta meningkatkan daya saing usahawan PMKS melalui pengamalan teknologi AI dalam operasi perniagaan.
Program berkenaan akan dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara MINDET dan Pepper Labs, susulan pertemuan beliau bersama delegasi syarikat tersebut di Wisma Kewangan, di sini.
Menurut Ewon, inisiatif itu juga selari dengan tumpuan berterusan kerajaan negeri dalam membangunkan usahawan PMKS, termasuk perusahaan sosial dan perniagaan inklusif di Sabah.






