Bangkai Penyu Kedua Dalam Dua Minggu Ditemui Di Labuan

Bangkai Penyu Kedua Dalam Dua Minggu Ditemui Di Labuan

0
SHARE

LABUAN: Seekor bangkai penyu sepanjang kira-kira dua kaki ditemui di atas batu di Pantai Nagalang pada jam 2.35 petang Ahad, yang merupakan penemuan kedua dalam beberapa minggu.

Memetik laporan Bernama, bangkai tersebut dijumpai oleh kakitangan Restoran Thai Beach.

Kapten restoran tersebut, Dylan Chua, berkata penyu itu dipercayai telah mati beberapa hari berdasarkan tisu yang membengkak dan bau yang busuk.

Ia dipercayai spesies penyu hijua yang dilindungi di bawah undang-undang hidupan liar Malaysia.

Kejadian serupa pernah berlaku di kawasan yang sama sebelum ini, menimbulkan kebimbangan terhadap ancaman alam sekitar atau marin.

Jabatan Perikanan Labuan telah dimaklumkan bagi siasatan lanjut dan pelupusan bangkai.

Walau bagaimanapun, punca kematian belum dikenal pasti dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini.