KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepakat untuk kekal menyokong Kerajaan Perkatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mentadbir negara ketika ini, demikian menurut satu kenyataan ahli-ahli Parlimen BN malam tadi.
Menurut kenyataan itu, pendirian tersebut berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai, di mana Ahli-Ahli Parlimen diberi kebebasan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya dan jika berlaku sebarang pengundian dalam sesi Parlimen pada 26 Julai sehingga Ogos 2021.

“Apa yang menjadi keutamaa Ahli-Ahli Parlimen pada waktu ini adalah usaha memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat direalisasikan dengan keyakinan bahawa rakyat akan kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Pandemik COVID-19…
“Dalam keadaan negara sendang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik,” kata kenyataan ahli-ahli Parlimen BN.




