KOTA KINABALU, SABAH – Sabah akan beralih fasa daripada Fasa 1 ke Fasa 2 Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 Julai (Sabtu) ini.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah semua agensi terlibat termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri Sabah.

“Sidang Khas MKN bersetuju membuat peralihan fasa bagi negeri Sabah daripada Fasa Satu ke Fasa Dua berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan…
“Maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang telah ditetapkan bagi Fasa Dua boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan PPN malam tadi.
