Tangki Simpanan Diesel Terbakar Berhampiran Imago

Tangki Simpanan Diesel Terbakar Berhampiran Imago

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sebuah tangki simpanan minyak diesel milik Omega Briliance Sdn Bhd di Jalan Coastal, berhampiran pusat beli-belah Imago, terbakar dalam kejadian pagi Isnin.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, PKPgB Mohammad Hannis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.24 pagi sebelum jentera bomba tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah tangki simpanan minyak diesel dengan anggaran kemusnahan sebanyak 20 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran hos sepanjang 100 kaki dengan dua pancutan buih (foam),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.45 pagi tanpa merebak ke kawasan sekitar.

Seramai 12 anggota dari BBP Kota Kinabalu dan BBP Putatan terlibat dalam operasi berkenaan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tiada mangsa dilaporkan terlibat, manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.45 pagi selepas pemeriksaan keselamatan dijalankan.

Pegawai Forensik Zon Kota Kinabalu turut dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk tindakan lanjut.