VIRAL! RONALDO KEMBALI KE MANCHESTER UNITED

VIRAL! RONALDO KEMBALI KE MANCHESTER UNITED

0
SHARE
Cristiano Ronaldo

LONDON – Penyerang kelab Juventus, Cristiano Ronaldo sah kembali ke Manchester United selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford.

Perkara itu disahkan oleh wartawan tempatan Itali, Fabrizio Romano melalui satu hantaran ciapan pada Twitter miliknya berkenaan berita perpindahan pemain itu semalam.

Khabar angin berkenaan berita perpidahan Ronaldo dari Juventus bermula sejak beberapa hari lalu yang pada mulanya dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City.

Cerita perpindahan Kapten kebangsaan Portugal itu juga turut memuncak apabila pengendali kelab gergasi Itali Juventus, Massimiliano Allegri yang dipetik AFP memaklumkan bahawa Ronaldo mengambil keputusan untuk tidak lagi berkeinginan bermain buat Juventus.

Akhirnya, Manchester United menggunakan peluang yang ada memasuki ‘perlumbaan’ bagi menyaingi Manchester City dalam usaha mendapatkan Cristiano Ronaldo dari Juventus selepas Massimiliano Allegri mengesahkan bintang Portugal itu mahu meninggalkan Itali.

Dalam pada itu, Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dalam kenyataannya semalam mengalu-alukan kepulangan legenda kelab itu ke Old Trafford dan pihak pengurusan kelab dipercayai telah mula berhubung dengan ejen Jorge Mendes bagi membincangkan perincian kontrak hanya beberapa jam yang lalu.

Solskjær sebelum ini mengisyaratkan bahawa ‘The red Devils’ boleh berusaha mengalahkan jiran mereka dengan menandatangani Ronaldo, mengakui bahawa pemain tengah itu Bruno Fernandes telah berhubungan dengan rakan sepasukannya di Portugal.

Mengimbau kembali Cristiano Ronaldo bersama Ole Gunnar Solskjaer meraikan jaringan gol penalti yang melambung ke atas Wigan pada tahun 2006…(Sumber Foto: Paul Ellis / AFP / Getty Images)

“Saya tidak menyangka Ronaldo akan keluar dari Juventus dan jika spekulasi pagi ini, tentu saja spekulasi beberapa hari terakhir…

“Kami selalu berkomunikasi dengan baik, saya tahu Bruno juga pernah berbicara dengannya dan dia tahu apa yang kami rasakan tentangnya dan jika dia akan menjauh dari Juventus, dia tahu bahawa kami ada di sini.

“Kami fokus pada yang ada di sini, saya tidak ingin terlalu banyak berspekulasi tentang apa yang terjadi di media. Saya telah berulang kali mengatakan dengan spekulasi bahawa ketika anda berada di Man United, ketika anda Messi, ketika anda Ronaldo, ketika anda Pogba, anda harus banyak membaca tentang diri anda, jadi mari kita lihat apa yang berlaku dengan Ronaldo kerana dia adalah legenda kelab ini,” kata Solskjær.

Manchester United bertindak membuat bidaan segera ke Juventus dan kontrak turut diserahkan kepada ejen pemain itu.

Hanya dalam tempoh beberapa jam, semua pihak telah mencapai persetujuan untuk perpindahan ini diteruskan yang hanya berlaku dalam satu hari, ini dianggap perkara ‘gila’ dan pantas dalam sejarah perpindahan pemain profesional.

Ronaldo yang telah memenangi Ballon d’Or lima kali dijangka menandatangani perjanjian DUA (2) tahun dengan syarat diberi visa dan lulus perubatan, dengan United telah bersetuju untuk membayar €15 juta awal kepada kelab Itali ditambah bonus sehingga €8 juta.

Untuk rekod, Ronaldo menyertai Manchester United dari Sporting Lisbon sebagai pemain remaja yang tidak dikenali pada 2003, dan meluangkan kariernya selama enam musim di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sepanjang tempoh itu, Ronaldo memenangi TIGA (3) kejuaraan Premier League, satu kejuaraan Piala FA, dan satu kejuaraan Champions Legaue. Beliau turut memenangi anugerah Ballon d’or pertamanya bersama Manchester United.