Hobi TCG Asah Minda Pemain Berfikiran Lebih Kritis Dan Kreatif

Hobi TCG Asah Minda Pemain Berfikiran Lebih Kritis Dan Kreatif

0
SHARE

KOTA KINABALU: Program ‘Tabletop Collectible Cards and Game’ yang lebih dikenali sebagai hobi permainan kad boleh membantu pemain untuk mengasah minda untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis.

Pengerusi Smart Sabah, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, aktiviti hobi seumpama itu sangat baik untuk membantu perkembangan pemain dari sudut cara berfikir, berinteraksi dan bertindak. 

“Kita tengok dan apa yang saya belajar tadi, setiap kad itu membawa nilai maksud, jadi kita kena faham mekanisma yang perlu di bawa.

“Kita kena ada kreativiti dan kena bersifat lebih kepada pemikiran kritis untuk menyusun strategi dan seterusnya memenangi permainan ini, jadi ini sangat-sangat positif,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan penutupan Program The TCG Event di 1 Borneo pada Ahad.

Andrew (kanan) pemiki kedai Tabletop Arena di 1 Borneo memperkenalkan salah satu permainan Tabletop, iaitu WARHAMMER 40K kepada Datuk Razali (kiri).

Sementara itu, Razali berkata, selain membantu mengasah minda, program itu juga berjaya membentuk satu jaringan yang sihat di kalangan peserta yang hadir.

“Sebagai orang yang sudah berkeluarga ini kadangkalah kita tidak faham dengan kehendak anak-anak kita, tapi melalui aktiviti dan program yang kita lihat sendiri, kita boleh nampak nilai dan budaya yang di bawa dan kita dapat nilainya sangat baik dan positif.

“Sekarang juga apa yang kita nampak, seperti pengerusi penganjur buat, perkara ini sudah beredar dan semakin menarik perhatian dan kita faham bahawa E-Sport ni telah mendapat tempat d sukan SEA dan dia telah melahirkan E-Gamers untuk mewakili negeri tapi jangan lupa juga bukan saja itu kita juga ada TCG ini.

“Mungkin ramai yang belum faham, tapi kita mengharapkan dengan adanya bentuk-bentuk program seperti ini juga boleh melahirkan atau membuat satu industri yang baik kepada komuniti yang berminat dengan hobi ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, aktiviti seumpama ini selain dapat membina pergaulan yang sihat di kalangan komuniti itu, ia juga turut membantu mencegah mereka daripada melakukan perkara atau tindakan tidak sihat dan tidak bermoral,” jelasnya.