OSLO, NORWAY – Seramai 23 ORANG telah mati di Norway dalam beberapa hari ini selepas menerima dos pertama vaksin Pfizer COVID-19 dengan 13 kematian tersebut berkaitan dengan kesan sampingan suntikan, demikian yang dilaporkan portal berita New York Post.
Kesemua 13 orang yang mati adalah pesakit di rumah jagaan dan berumur sekurang-kurangnya 80 tahun.
Memetik laporan New York Post, Ketua Doktor di Jabatan Perubatan Norway iaitu Sigurd Hortemo dipetik berkata; “Reaksi biasa terhadap vaksin, termasuk demam dan loya. Kemungkinan telah menyumbang kepada kematian beberapa pesakit yang lemah.”
Menurut sumber, lebih daripada 30,000 orang di Norway telah menerima suntikan pertama vaksin Pfizer atau Moderna Coronavirus (COVID-19) sejak akhir bulan lalu.
Pengarah perubatan agensi, Steinar Madsen telah menyatakan bahawa “agensi itu tidak bimbang dengan perkara ini.”
“Sangat jelas bahawa vaksin ini mempunyai risiko yang sangat kecil, dengan pengecualian kecil untuk pesakit yang lemah. Doktor sekarang harus mempertimbangkan dengan teliti siapa yang harus diberi vaksin. Mereka yang sangat lemah dan pada akhir hayat dapat menerima vaksin penilaian individu dibuat,” katanya.
Agensi itu turut melaporkan pada hari Khamis lalu bahawa seramai 29 orang telah mengalami kesan sampingan, termasuk 13 orang yang meninggal dunia.
“Seramai 21 wanita dan lapan (8) lelaki mengalami kesan sampingan,” kata pegawai kesihatan di Norway.
Memetik laporan New York Post, selain mereka yang meninggal, sembilan (9) orang telah mengalami kesan sampingan yang serius termasuklah reaksi alahan, ketidakselesaan yang kuat dan demam yang teruk. Sementara tujuh (7) orang lagi mengalami kesan sampingan yang lebih serius.
Menurut pegawai kesihatan juga sekitar 400 orang mati setiap minggu di populasi rumah sakit.
Seorang wakil Pfizer mengatakan syarikat itu “menyedari kematian yang dilaporkan” berikutan pemberian vaksin di Norway dan pihak Pfizer sedang bekerjasama dengan Badan Perubatan Norway untuk mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan.
Untuk rekod, jumlah kes Coronavirus (COVID-19) yang dilaporkan di Norway adalah seramai 58,202 orang dan jumlah kematian uang direkodkan adalah seramai 517, menurut Universiti Johns Hopkins.