Lelaki Gunakan Duit Pengeluaran i-Sinar Untuk Pasang Bonggol Jalan Di Sebelah Rumah

Lelaki Gunakan Duit Pengeluaran i-Sinar Untuk Pasang Bonggol Jalan Di Sebelah Rumah

0
SHARE

JERTIH, TERENGGANU – Seorang lelaki menggunakan sebahagian wang pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya melalui kemudahan skim i-Sinar untuk memasang 11 BONGGOL (Speed Bumps) di jalan bersebelahan rumahnya.

Memetik laporan The Star, Nor Muhamad Roslam Harun telah menggunakan RM1,080 daripada pengeluaran KWSP i-Sinar miliknya bernilai RM5,000 untuk memasang bonggol tersebut kerana rehatnya sering terganggu oleh bunyi dari kenderaan yang menggunakan jalan.

“Bilik tidur saya berada di sisi rumah yang paling dekat dengan jalan, jadi semua bunyi dari kereta dan motosikal selalu mengganggu tidur saya. Saya sangat tertekan dengan masalah ini dan, apatah lagi, saya juga menghadapi masalah kesihatan mental yang belum mendapat rawatan,” kata Nor Muhamad.

Namun, apabila Nor Muhamad Harun ditemui oleh anggota polis yang berkunjung ke rumahnya, dia telah meminta maaf atas tindakannya itu dan telah menghapuskan semua bonggol di jalan tersebut

“Anggota polis datang menemui saya pagi semalam dan meminta saya membuang semua bonggol kelajuan yang saya pasang. Oleh itu, saya mengupah pengendali jentolak untuk membuang semua bonggol (speed bumps) di jalan termasuk dua yang asli,” katanya lagi.

Sumber Foto; The Star…

Nor Muhamad juga menjelaskan bahawa dia pada awalnya merancang untuk membuat bonggol kurangkan kelajuan yang bersaiz kecil (Speed Humps) dan bukan bonggol laju besar (Speed Bumps), tetapi aspal mengeras terlalu cepat sebelum sempat untuk dapat diratakan.

Bonggol kurangkan kelajuan yang bersaiz kecil (Speed Humps) biasanya lebih lebar saiznya, dan kurang parah jika dibandingkan dengan bonggol laju besar (Speed Bumps).

Jadi, perkara itu menyebabkan bonggol yang terhasil sepanjang 40 meter itu tidak dapat diakses oleh semua kereta kecuali untuk pacuan empat roda.

Terdahulu, tindakan Nor Muhamad Roslam menjadi viral di media sosial beberapa hari yang lalu setelah netizen memuat naik gambar “Bongkahan kelajuan baru” (“new speed bumps”) haram di jalan yang menuju ke rumahnya.

Untuk rekod, Skim Kemudahan i-Sinar adalah kemudahan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSp) yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan akibat pandemik COVID-19.

Di bawah program ini, ahli KWSP yang layak boleh mengeluarkan wang sehingga RM10,000 atau sehingga 10% simpanan Akaun 1 mereka, bergantung pada baki mereka dalam Akaun 1.