COVID-19: KES BAHARU NAIK LAGI 4,029 KES DAN 8 LAGI KEMATIAN DILAPORKAN...

COVID-19: KES BAHARU NAIK LAGI 4,029 KES DAN 8 LAGI KEMATIAN DILAPORKAN HARI INI

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes melonjak naik mendadak yang mana telah mencatat kes tertinggi harian setakat ini iaitu sebanyak 4,029 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 155,095 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 37,126 (23.9%) kes.

DARIPADA 4,029 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak lapan (8) Kes import, manakala 4,021 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Walau bagaimanapun, KKM turut memaklumkan sebanyak 2,148 KES pesakit telah sembuh hari ini, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 117,375 kes (75.7%).

Menurut KKM juga, sebanyak 205 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 79 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,466 KES, diikuti JOHOR sebanyak 719 KES dan SABAH sebanyak 449 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat 8 KES kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 594 kes (0.4%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (16 Januari 2021) sebanyak 1,466 KES daripada keseluruhan 4,029 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)