DHAKA – Angka mangsa korban banjir akibat hujan lebat bermusim dan alirang deras sungai di Bangladesh meningkat sebanyak 82 orang sejak bulan lepas
Menerusi laporan harian banjir Pusat Gerakan Kecemasan Kesihatan dan Bilik Kawalan pada Sabtu, kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat lemas di kawasan yang dilanda banjir sejak 17 Mei hingga Sabtu.
Namun ada juga yang maut akibat dipatuk ular, disambar petir dan sebab-sebab lain Sekurang-kurangnya sembilan kematian dilaporkan dalam 24 jam lalu, setakat pagi Sabtu.
Tujuh maut akibat lemas manakala seorang dipatuk ular dan seorang lagi atas sebab lain.