
KUALA LUMPUR – Dua pemain muda badminton Sabah akan mewakili Malaysia pada Kejohanan YONEX Singha-Qingdao Jinyuan-BTY yang akan berlangsung di Sekolah Badminton Banthongyord di Bangkok, Thailand mulai 4 November ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pencapaian daripada Tia Sharee Quiban, 11 dan Zen Isaac Quiban, 8, amatlah dipuji.
“Saya mendoakan yang terbaik untuk anda dan membanggakan Malaysia dan Sabah,” katanya ketika bertemu adik beradik terbabit,di sini, hari ini.
Tia dan Zen yang menetap di Putrajaya menjalani latihan di bawah bimbingan profesional jurulatih di Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Kelab Badminton Serdang.