TERIMA KASIH KERAJAAN GRS, BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT SABAH RENTAS DAERAH DIBENARKAN...

TERIMA KASIH KERAJAAN GRS, BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT SABAH RENTAS DAERAH DIBENARKAN DI SELURUH SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Warga Sabah hari ini berkongsi kegembiraaan dan mengucapkan penghargaan terima kasih buat Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mana akhirnya membenarkan rentas daerah di seluruh negeri ini bermula esok (14 Okt).

Sehubungan dengan itu, kebenaran merentas negeri juga dibenarkan termasuk lawatan sosial dan pelancongan ke dalam Sabah pada 1 November 2021.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata ini ekoran laporan peratus vaksinasi lengkap Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi (CITF) yang telah melebihi 70 peratus (70%) rakyat Sabah setakat 11 Oktober, Isnin lalu.

“Ini dengan syarat individu yang ingin merentas daerah dan negeri telah lengkap divaksin…

“Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan kanak-kanak di bawah 12 tahun perlu ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala bagi yang ingin merentas negeri, mereka perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag (Swab/Saliva) dalam tempoh TIGA (3) hari sebelum perjalanan.

Kit Ujian Kendiri COVID-19…

“Remaja berumur 12 hingga 18 tahun harus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” jelas Ketua Menteri Sabah.

Kenyataan rasmi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor hari ini yang membenarkan rentas daerah bermula 14 Oktober ini dan membenarkan rentas negeri bermula 01 November 2021…