KOTA KINABALU, SABAH – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik, mengetuai barisan kepimpinan peringkat tertinggi untuk memberi taklimat kepada Kabinet negeri Sabah di Menara Kinabalu, di sini pagi tadi.
Taufik turut membuat pencerahan gambaran keseluruhan mengenai operasi Petronas Sabah termasuklah perniagaan Gas Asli Cecair (LNG) syarikat minyak nasional itu.
Taklimat hari ini adalah susulan pertemuan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dengan pengurusan kanan Petronas di Kuala Lumpur pada 24 Ogos lalu.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Gas & Tenaga Baharu Petronas), Adnan Zainol Abidin; Naib Presiden Kanan Strategi Korporat, Mazuin Ismail; Naib Presiden LNG Assets, E Abang Yusuf Abang Puteh; Ketua Pengurusan Integrated Hydrocarbon, Aidid Chee Tahir; Pengurus Penasihat Perniagaan (upstream, Corporate Strategic Planning), Masnizah Supu dan Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Puan Siti Ayu Abdul Wahab.
