Warga Asing Maut Digilis Lori

Warga Asing Maut Digilis Lori

0
SHARE

PENAMPANG – Seorang warga asing berusia 21 tahun meninggal dunia selepas digilis lori di Jalan Kota Kinabalu – Penamapang kelmarin (Rabu).

Tragedi lebih kurang 10.50 pagi itu berlaku apabila mangsa terjatuh dari motosikal yang ditungganginya akibat berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada di hadapan.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata susulan itu, sebuah lori yang bergerak pada lorong kiri tidak sempat mengelak daripada mangsa yang terbaring di jalan raya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,” katanya dalam sebuah kenyataan.