SELEWENG MINYAK MASAK BERBOTOL PUNCA KERAJAAN MANSUH SUBSIDI SANGAT TIDAK MASUK AKAL

SELEWENG MINYAK MASAK BERBOTOL PUNCA KERAJAAN MANSUH SUBSIDI SANGAT TIDAK MASUK AKAL

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Aktivivi penyelewengan dan penyeludupan minyak masak berbotol yang disubsidi oleh pihak industri serta komersial punca utama kepada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi minyak berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, matlamat awal pemberian subsidi itu adalah ingin membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, namun aktiviti penyelewangan ini menyebabkan kerajaan memutuskan untuk tidak lagi meneruskan subsidi minyak masak berbotol kerana program kerajaan tidak lagi mencapai matlamat sebenar.

“Program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol ini hanyalah untuk tiga bulan sahaja dengan kos RM55 juta sebulan…

“Sewaktu pandemik COVID-19, kerajaan telah memperkenalkan program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol bagi 1 kilogram (kg), 2 kg, 3 kg dan 5 kg pada Ogos 2021. Usaha ini bagi membantu Keluarga Malaysia yang ketika itu terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Untuk itu, subsidi minyak masak sahaja yang akan diteruskan dan kerajaan yakin, subsidi sebanyak 60,000 tan metrik sebulan adalah mencukupi untuk kegunaan semua,” katanya semasa sidang akhbar khas yang ditayangkan menerusi televisyen kerajaan semalam.

Tersentak dengan pengumuman dan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri, majoriti rakyat Malaysia ketika ini sangat marah dan mengatakan alasan yang diberikan sangat ‘tidak masuk akal’.

Berikut dikongsikan beberapa komen rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan tindakan kerajaan melalui pengumuman Perdana Menteri semalam (22 Jun) berhubung isu subsidi minyak masak berbotol:

Terdahulu pada Rabu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan pemansuhan subsidi minyak masak tulen botol 2 hingga 5 kilogram (kg) bermula 1 Julai ini.

Tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa panjang dan seterusnya menstabilkan harga barangan.

Datuk Alexander Nanta Linggi…

Bagaimanapun, Ismail Sabri yang dipetik Utusan Malaysia berkata, ramai yang keliru berkenaan pemansuhan subsidi minyak masak dan ia masih dikekalkan dengan jumlah sebanyak RM4 bilion untuk tahun 2022 berbanding RM500 juta pada tahun 2020 dan RM2.2 bilion pada 2021.

“Subsidi ditanggung kerajaan adalah untuk minyak masak kampit berharga RM2.50 bagi satu kg sahaja, berbanding harga pasaran sebenar RM9 bagi satu kg untuk kegunaan B40 dan telah bermula sejak 2007,” katanya.