Kibarkan Jalur Gemilang Dengan Penuh Hormat, Beretika

Kibarkan Jalur Gemilang Dengan Penuh Hormat, Beretika

0
SHARE

PUTATAN, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, Jalur Gemilang perlulah dikibar dengan rasa hormat dan penuh beretika.

Menurut beliau, Jalur Gemilang adalah simbol kemegahan dan kedaulatan sesebuah negara yang merdeka.

“Hargai kemerdekaan dengan mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara kita…

“Jangan mengambil mudah perihal menjaga martabat identiti dan imej negara dan sama-samalah kita memelihara perpaduan sebagai sebuah Keluarga Besar Malaysia.

“Hormati Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara, sekiranya ternampak Jalur Gemilang yang telah lusuh atau koyak, ambillah inisiatif untuk menukarnya.

“Mana-mana Jalur Gemilang yang jatuh ditiup angin, kembalikan ke posisi asal kerana Jalur Gemilang adalah simbol kebangaan dan kemerdekaan kita,” katanya ketika berucap merasmikan Program Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 Peringkat Daerah Putatan, semalam.

Beliau yang diiringi Pemangku Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa turut menyempurnakan acara pelepasan konvoi berkenaan di Dewan Sri Putatan.

Penjelajahan Konvoi KMKM 2022 pada hari terakhir itu bergerak ke Pekan Tanjung Aru, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) sebelum ke Salut Commercial Center dekat Sepanggar untuk majlis penangguhan.