Skandal Dana RM7.5 Bilion KKLW: Jelas Dan Berfakta

Skandal Dana RM7.5 Bilion KKLW: Jelas Dan Berfakta

0
SHARE

Skandal Dana RM7.5 Bilion KKLW: Jelas Dan Berfakta..

1. Apa yang melucukan, dakwaan Aziz Jamman salah seorang yang ditahan reman SPRM berkaitan skandal dana itu, kononnya penahanan Shafie bermotifkan politik, di lain pihak pula, iaitu adik Presiden Warisan Sabah Datuk Yusof Apdal yang juga ditahan reman berkaitan dana itu berkata sebaliknya.

2. Aziz berhujah, dengan mengatakan Kementerian KKLW mendapat pengiktirafan daripada Perdana Menteri sebagai kementerian yang mencapai NKRA terbaik selama 3 tahun berturut-turut. Hujah itu cuba menggambarkan bahawa pengiktirafan Perdana Menteri tidak mempunyai nilai, sebabnya menteri yang menjaga kementerian itu, kini disiasat sebagai individu yang menyebabkan dana awam tidak kurang RM1.5 bilion telah diselewengkan.

3. Aziz tidak memberitahu, bahawa pengiktirafan Perdana Menteri itu, hanya bergantung kepada peratusan dana dan projek di bawah kementerian. Memang benar, peruntukan dan projek yang dilaksanakan seperti mana laporan di atas kertas telah mencapai 106%, bukannya 100%, makna kata, ada projek yang dilaksanakan belum mempunyai dana, sebaliknya dilaksanakan terlebih dahulu oleh kontraktor yang dilantik.

4. Apa yang malang, laporan atas kertas, “indah khabar daripada rupa”. Wang telah habis dibelanjakan, projek telah dilaksanakan seperti mana laporan menteri kepada kabinet, persoalannya di lapangan, projek yang dimaksudkan bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan rungutan rakyat yang perlu diselasaikan, malah, ada yang menjadi gajah putih, ada projek terbengalai, namun pembayaran dilaksanakan 100%.

5. Dalam kasus Shafie ini, beliau boleh didakwa kerana MEMALSUKAN LAPORAN, selain salah laku penyelewengan.

6. Kepada Aziz Jamman, berdekad lamanya penduduk luar bandar menantikan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan raya kampung. Apabila kerajaan memberi peruntukan yang besar bagi melaksanakan projek-projek berkaitan kemudahan-kemudahan itu, malang sungguh, rakyat yang memerlukan dinafikan hak, kerana perbuatan pihak-pihak tertentu yang berada dalam kumpulan mantan Naib Presiden UMNO itu.

7. Aziz perlu jujur pada diri beliau sendiri, punca mana kekayaan beliau? Ketua Pemuda Warisan ini, “umpama burung unta, menyembunyi kepala yang kecil ke dalam pasir”,┬ákerana tidak nampak orang maka berfikir telah selamat, namun badan besar terlondeh.

8. Mempersalahkan UMNO dan BN kononnya sebagai dalang kepada penahanan dan siasatan terhadap Shafie. Memang pun UMNO dan BN terlibat, kerana parti itu merasa ditipu dikhianati, kerana memilih pemimpin bukan sahaja memalitkan imej buruk, akan tetapi janji kepada rakyat tidak dapat ditunaikan kerana angkara beliau.

9. Adalah logik, jika seseorang ditipu dan dikhianati, bukan sahaja mendorong membuat laporan polis, malah mendakwa pihak yang menipu di mahkamah.

10. Cuba bayangkan puluhan ribu rakyat tertipu malah ada pelajar miskin dinafikan mendapat makanan tambahan, kerana ada pihak-pihak tertentu menyeleweng dana yang diperuntukkan.

M.R

Ini adalah pandangan peribadi daripada kiriman seorang penulis dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Bongkar TV..