IKSnita Bakal Adakan Sidang Kemuncak Usahawan Digital Wanita Mulai 4 Disember Ini

IKSnita Bakal Adakan Sidang Kemuncak Usahawan Digital Wanita Mulai 4 Disember Ini

0
SHARE
Dr Joachim (duduk) bersama Khatijah (dua dari kiri) bersama anggota IKSnita...

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Industri Kecil Dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) bakal mengadakan Sidang Kemuncak Usahawan Digital Wanita DUA (2) hari di sini mulai 4 Disember tahun ini.

Selain itu, persatuan ini juga akan mengadakan Cabaran Perniagaan Wanita Luar Bandar dari Januari hingga Mac tahun depan, bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2022.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr Joachim Gunsalam diberi penerangan oleh Presiden IKSnita, Datuk Dayang Hajah Khatijah Datu Haji Bachtiyal semasa kunjungan hormat IKSnita kepadanya di pejabatnya di Wisma Kewangan, semalam.

Dr Joachim (kanan) menunjukkan produk oleh ahli IKSnita…

Khatijah juga menjelaskan kepadanya tentang IKSnita, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada usahawan wanita dan meminta sokongan kementerian mengenai program dan aktiviti mereka.