KOTA KINABALU, SABAH – Negeri Sabah mencatatkan 449 KES baharu positif COVID-19, demikian menurut laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) hari ini.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Sabah sebanyak 43,251 kes.
Sebanyak EMPAT(4) kes kematian direkodkan iaitu tiga (3) kes di Lahad Datu dan satu (1) kes di Tuaran.
JKNS turut maklumkan seramai 379 pesakit COVID-19 telah discaj atau sembuh dari hospital dan menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 38,989 orang.
Sejumlah 2,957 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 762 orang di hospital dan 2,195 orang di PKRC dan bilangan pesakit COVID-19 yang berada dalam ICU ialah seramai 77 orang serta 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Hari ini juga menyaksikan perubahan daerah Nabawan telah berubah dari zon kuning ke zon jingga.
Daripada 449 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 338 kes (75.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 77 kes (17.1%), saringan kluster-kluster sedia ada 7 kes (1.6%) dan rentas negeri 4 kes (0.9%) dan 23 kes (5.1%) adalah daripada lain-lain kategori.
Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,036 unit, manakala di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam pula berjumlah 4,593 unit.
Jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,729 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 43.94%.