Libatkan Golongan Muda Dan Kaum Wanita Dalam Aktiviti Pengimarahan Masjid

Libatkan Golongan Muda Dan Kaum Wanita Dalam Aktiviti Pengimarahan Masjid

0
SHARE
Bahrin menyampaikan sumbangan raya kepada pelajar tahfiz As-Syatibiyah, Masjid Sda Bandar Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid tidak sewajarnya tertumpu kepada golongan warga emas semata-mata tetapi perlu libatkan kepada golongan generasi muda dan kaum wanita.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Likas, Mohamad Bahrin Abdul karim berkata, perkara itu penting bagi memastikan fungsi dan peranan masjid sebagai pusat penyatuan ummah dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. 

“Saya juga berharap pusat ini mampu melahirkan lebih ramai golongan tahfiz dan imam muda di kawasan berkenaan,” katanya.

“Imam muda ini boleh membantu untuk mengimamkan solat terutamanya di kampung sekiranya khidmat mereka diperlukan berikutan ketiadaan imam di kampung-kampung tertentu,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), semalam.

Majlis berbuka puasa tersebut turut disertakan dengan penyampaian sumbangan raya kepada 20 pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah Masjid SDA Bandar Kota Kinabalu.

Beliau pada masa turut berharap usaha Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah itu akan terus mendapat sokongan dan bantuan semua pihak khususnya warga bandaraya Kota Kinabalu.

“Majlis ini diadakan sebagai salah satu sumbangan kita untuk lebih dekat dengan rakyat selain dapat mengeratkan silaturahim dengan pelbagai pihak,” katanya.

Malah katanya, pelajar-pelajar tersebut dapat dijadikan contoh dalam membentuk akhlak yang baik dalam kalangan remaja lain terutama dalam usaha mengekang pelbagai masalah sosial masa  kini.

“Ini merupakan cadangan saya dan ianya salah satu usaha menarik lebih ramai golongan muda mendekati masjid dan surau serta memberi peluang baharu kepada mereka untuk menonjolkan kepimpinan dengan menjadi imam,” ujarnya.