Tangan Remaja Terperangkap Dalam Mesin Pengisar Berjaya Dikeluarkan

Tangan Remaja Terperangkap Dalam Mesin Pengisar Berjaya Dikeluarkan

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Tangan seorang remaja perempuan yang terperangkap dalam mesin pengisar berjaya dibebaskan dengan bantuan pasukan Bomba di Hospital Lahad Datu sini petang tadi.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba Sabah berkata, dengan menggunakan peralatan khas, jari-jari mangsa 16 tahun akhirnya dapat dibebaskan dari bilah mesin berkenaan.

“Operasi pasukan bomba dengan kerjasama pihak hospital melepaskan tangan yang tersepit dengan dengan melonggarkan bahagian Main Shaft,” katanya sambil menambah operasi jam 2.26 petang itu ditamatkan pada 4.15 petang.