JAKARTA, INDONESIA – Indonesia juga dikatakan mempunyai sebuah Laut Mati di Sumatera Utara.
Menurut laporan berita Kompas, laut tersebut mempunyai kadar kandungan garam yang sangat tinggi sehinggakan hidupan laut sukar untuk membiak di dalamnya.
Walaupun di gelar Laut Mati Indonesia, ianya juga memiliki pemandangan yang sangat cantik dan juga dikenali sebagai pusat pelancongan di Pantai Tureloto, Kabupaten Nias Utara.
Pantai tersebut juga agak terkenal dikalangan pelancong, kerana pengunjung yang datang ke pantai itu boleh mengapungkan diri tanpa perlu berenang kerana kepekatan garamnya.
Selain itu, Pantai Tureloto juga mempunyai gugusan batu karang yang bertindak sebagai pemecah ombak semula jadi.
Tidak seperti Laut Mati yang asli terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat, Pantai Tureloto masih mempunyai sedikit hidupan di dalamnya namun tidak seperti lautan biasa.





