KKM Kesan Dua Subvarian Omicron Di Malaysia

KKM Kesan Dua Subvarian Omicron Di Malaysia

0
SHARE
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar...

SHAH ALAM – Beberapa kes Covid-19 yang melibatkan subvarian Omicron telah dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri KKM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dua kes yang ditemui tersebut adalah daripada subvarian BA.5 dan satu BA.2.12.1.

“Malaysia baru sahaja mengesan dua kes BA.5 dan satu kes BA.2.12.1…

Ini adalah kali pertama varian ini dikesan…

“Kedua-duanya dikategorikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian membimbangkan (VOC) di bawah varian Omicron,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter pada Khamis.

Menurut beliau, setakat ini, faktor risiko adalah masih kekal sama.

WHO telah menambah varian BA.5 ke dalam senarai varian dalam pemantauan pada Mac dan dikategorikan sebagai varian membimbangkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.