PARIS, PERANCIS – Penyerang Argentina, Lionel Messi kembali mengikuti sesi latihan penuh Paris Saint-Germain (PSG) buat pertama kali semalam sejak didapati positif COVID-19 akhir tahun lalu, lapor AFP.
Semasa rehat musim sejuk Ligue 1, Messi dijangkiti virus berkenaan ketika bercuti di kampung halamannya di Rosario.
Dalam sebuah klip video yang dimuat naik kelab ke laman sosial, Messi dilihat memanaskan badan bersama rakan sepasukan PSG.
Pada 5 Januari, PSG mengumumkan yang dia kembali ke Perancis selepas diuji negatif tetapi pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu baru merasa cergas untuk meneruskan tugas seperti biasa.