Lelaki Berdepan Risiko Mati Pucuk Akibat Buih Plastik

Lelaki Berdepan Risiko Mati Pucuk Akibat Buih Plastik

0
SHARE
Ketulan buih plastik yang dikeluarkan dari pundi kencing dan zakar seorang lelaki.

NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki mungkin akan mendapat kecacatan kekal setelah kekasihnya menyembur buih plastik pada zakarnya secara tidak sengaja.

Kekasih mangsa itu secara tidak sengaja tertekan picu botol semburan buih poliuretana (SPF) bagi menegangkan alat sulitnya semasa persetubuhan, lapor Daily Mail.

SPF digunakan secara meluas bagi pembinaan rumah sebagai bahan penebat dan menutup rekahan pada dinding.

Gumpalan buih plastik itu mengeras dalam alat sulit mangsa dan dia mengaku dia telah menggunakan pelbagai kaedah untuk merawat situasi tersebut.

Menurut seorang pakar urologi, lelaki itu mengalami kesukaran untuk membuang air kecil selama tiga minggu sebelum mendapatkan rawatan perubatan di mana dia sudah mula mengalami pendarahan semasa tiba di hospital.

Imbasan X-ray menemui pelbagai saiz jisim buih yang sudah mengeras dengan ukuran sepanjang 11 sentimeter (sm).

Pasukan perubatan berjaya mengeluarkan ketulan buih keras dari dalam pundi kencing lelaki itu semasa pembedahan tetapi jisim yang terletak pada zakarnya lebih berbahaya.

Oleh itu, prosedur yang dikenali sebagai urethrostomy perineal terpaksa dilakukan, di mana pembukaan baharu dibuat antara skrotum dan dubur untuk mengeluarkan ketulan yang tertinggal.

Walaupun proses membuang kesemua ketulan buih berjaya, doktor meletakkan mangsa di bawah penilaian psikiatri sebelum meneruskan pembedahan membaiki salur kencing yang telah terpotong dua bagi menyelamatkan nyawanya.