LELAKI MAK NYAH HAMILKAN DUA BANDUAN WANITA DIPINDAHKAN SEMULA KE PENJARA LELAKI

LELAKI MAK NYAH HAMILKAN DUA BANDUAN WANITA DIPINDAHKAN SEMULA KE PENJARA LELAKI

0
SHARE

NEW JERSEY – Seorang banduan transgender (mak nyah) yang baharu dipindahkan ke penjara wanita telah dikeluarkan semula daripada penjara di sini selepas dipercayai telah menghamili DUA (2) orang banduan wanita.

Demi Minor, 27, kini dipenjarakan di Kemudahan (Penjara) Koreksional Belia Negeri Garden di Burlington County iaitu penjara bagi pesalah dewasa muda, selepas sebelum ini ditempatkan di Kemudahan (Penjara) Koreksional Edna Mahan untuk wanita.

Kemudahan (Penjara) Koreksional Edna Mahan untuk Wanita di Clinton, New Jersey …(Sumber Foto: AP)

Penjara Koreksional Belia Negeri Garden disenaraikan sebagai kemudahan jagaan campuran (lelaki dan perempuan), tetapi jurucakap Jabatan Pembetulan New Jersey dan Sperrazza berkata bahawa Minor “pada masa ini adalah satu-satunya banduan wanita di tempat itu,” memetik laporan portal NJ.com.

Dalam pada itu, Minor membantah pemindahan awal bulan ini dalam satu catatan di akaun @freeMsDemi di Twitter, yang dikendalikan oleh Justice for Demi.

“Minggu ini saya telah dipindahkan dari kemudahan (penjara) wanita ke kemudahan (penjara) lelaki, maksud saya jenis kebencian terhadap siapa saya sebenarnya harus dihentikan, tetapi ketahuilah ini… saya tidak akan berhenti menaikkan isu ini ke atas,” merujuk kepada satu ciapan di Twitter pada 5 Julai baru-baru ini.