Masidi semasa merasmikan pembukaan Cawangan Ke-4 Lee Nyap Group Sdn Bhd...
KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah menghadiri seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Ke-4 Lee Nyap Group Sdn Bhd Bersempena Ulang Tahun Lee Nyap Auto Parts Ke-35, bertempat di Kiaburi Plaza, Ranau.
Lee Nyap Auto Parts yang kini telah dijenamakan kepada Lee Nyap Group Sdn Bhd adalah merupakan syarikat berkaitan sektor automotif.
Masidi berkata syarikat tersebut banyak membantu masyarakat dari sudut penjualan dan pembekalan alat ganti automotif di daerah Ranau…
Masidi ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Ke-4 Lee Nyap Group Sdn Bhd Bersempena Ulang Tahun Lee Nyap Auto Parts Ke-35, bertempat di Kiaburi Plaza, Ranau…
Selain itu, mereka juga adalah syarikat berjaya yang banyak menyumbang dalam gerakerja komuniti.
Antara pengisian majlis tersebut ialah penyampaian bantuan daripada Lee Nyap Group kepada anak-anak E-Kasih Ranau yang datang dari pelbagai sekolah.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri II, YB Datuk Jonathan Yassin, ADUN Dilantik, YB Datuk Amisah Yassin, Setiausaha Politik Kepada Menteri, Y. Bhg. Datuk Michael Y Dunggi, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Lee Nyap Group dan juga tetamu jemputan.