Mayat Kanak-Kanak Lelaki Warga Asing Ditemui Lemas Di Bawah Jambatan Sungai Inanam

Mayat Kanak-Kanak Lelaki Warga Asing Ditemui Lemas Di Bawah Jambatan Sungai Inanam

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang kanak-kanak lelaki warga asing dikhuatiri lemas ketika bermandi di bawah jambatan Sungai Inanam telah dijumpa pihak Bomba pagi tadi.

Pada tengah hari Isnin, mangsa Almunel Unim, 11, bersama lima lagi rakannya berangkat ke kawasan tersebut berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Tuaran lama sini.

Sebaik mangsa didakwa lemas dan gagal diselamatkan, rakan-rakan mangsa pulang ke rumah dan memberitahu tentang kejadian kepada ahli keluarga mangsa.

Dilaporkan ibu kanak-kanak hanya datang meminta bantuan pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas pada pukul 9 malam.

Ketua BBP Lintas Agustavia Joe Guasi berkata operasi pada Isnin terpaksa ditangguhkan pada jam 11.45.

“Operasi mencari dan menyelamat membabitkan seramai 12 anggota dan seorang pegawai serta dibantu lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kota Kinabalu…

“Mangsa berjaya ditemui 25 minit selepas operasi disambung pada jam 6 pagi tadi,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.