Penemuan Mayat Lelaki Yang Dikerat Dalam Beg Guni

Penemuan Mayat Lelaki Yang Dikerat Dalam Beg Guni

0
SHARE

ALOR SETAR, KEDAH – Mayat seorang lelaki warga Bangladesh yang menunjukkan beberapa anggota badan mayat telah dikerat melebihi 10 bahagian dan di masukkan ke dalam tiga beg guni yang berbeza di temui pihak polis di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani, Kedah.

Penemuan ini hasil daripada laporan polis seorang wanita India Muslim yang telah hadir ke IPD Kuala Muda untuk meminta pihak polis mengesan teman lelakinya yang berbangsa Bangladesh, Azad Late Mofyanuddin, 38, hilang sejak Jumaat yang lalu.

Hasil laporan dan maklumat yang disampaikan, pihak polis dari JSJ IPD Kuala Muda telah pergi ke rumah tersebut bersama wanita tersebut dan mendapati pintu berkunci dan terdapat kesan bau busuk.

Pihak polis telah meminta wanita tersebut membuka pintu dengan kunci dalam simpanannya dan hasil pemeriksaan lanjut terdapat kesan air kehitam-hitaman mengalir dari ruang dapur yang membawa kepada penemuan tiga bungkusan beg guni yang diiikat rapi dan mengandungi badan manusia yang telah dikerta kepada beberapa bahagian menggunakan senjata tajam.

Menurut ketua polis Kedah Datuk Asri Yusoff, “ketika guni itu dibuka, polis mendapati terdapat bahagian badan manusia yang dipotong menggunakan senjata tajam.

“Kita percaya mangsa sudah dibunuh dan dikerat di dapur berkenaan sejak empat hari lalu iaitu pada 10 Jun,” katanya.

“Pihak polis juga sedang giat menjejak dua rakan serumah mangsa warga Bangladesh yang menghilangkan diri sejak insiden itu.

“Seorang yang dikenali Zul, 37, bekerja sebagai pembantu di kedai makanan sejuk beku di Pekan Lama Sungai Petani dan seorang lagi dipanggil Nur, 50, yang bekerja kilang di Bakar Arang, Sungai Petani,” tambah katanya.

Mayat dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi siasatan lanjut dan kenal pasti motif pembunuhan.